11beg tangan dan seutas jam mewah disita, Tak cukup dengan itu pihak brkuasa menemui sesuatu di kediaman Vivy

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari kediaman pasangan dan pengasas platform e-dagang, Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.

Sumber mendedahkan kepada Astro AWANI, sitaan itu dibuat SPRM selepas pasukan penguat kuasa itu membongkar kediaman pasangan suami isteri tersebut di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Rabu.

Tambahnya, sebelum itu, pasangan tersebut hadir ke SPRM jam 1 petang untuk memberi keterangan kemudiannya dibawa ke kediaman jam 5.30 petang bagi tujuan pembongkaran.

Dalam serbuan ini, selain dihadiri 12 pegawai SPRM, ia turut disertai peguam pasangan tersebut.

“Penggeledahan berakhir sekitar jam 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000,” katanya.

Sementara itu, semalam Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pembongkaran tersebut.

Menurut Azam, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, pasangan tersebut akan hadir lagi ke SPRM esok jam 10 pagi untuk dirakam keterangan.

Sumber : astroawani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *