“Saya bukan terdesak nak kawin, bukan cari laki yang kaya tapi bertanggung jawab” – Ruhainies

Tular semula video temu bual pelakon sensasi, Ruhainies berkongsi mengenai dirinya yang mempunyai perasaan fobia untuk mendirikan rumah tangga.

Fobia nak kahwin

Ruhainies

Menerusi perkongsian di TikTok NONA, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dia tidak mencari pasangan hidup yang kaya, namun mahukan lelaki yang mempunyai sifat tanggungjawab.

Untuk lelaki, sejujurnya ramai ingat saya mencari lelaki yang kaya. Jujurlah kita cakap, sebab terlalu cliche, Saya tidak mencari lelaki yang kaya. Bagi saya, saya mencari seseorang yang bertanggungjawab.

Untuk cari lelaki yang bertanggungjawab ini bukan sesuatu yang mudah. Sebab nak kata ada rupa, ramai orang dekat dalam dunia ini ada rupa, ramai orang dalam dunia ini yang kaya.

Tapi yang bertanggungjawab itu yang susah nak cari. Sebab itu, untuk saya, perlu berkawan dengan dia lama dulu baru saya betul-betul boleh kahwin.

Dalam temu bual sama, aktres berusia 31 tahun itu berkata dia tidak mahu tergesa-gesa untuk berkahwin. Jelasnya, beberapa isu pergolakan rumah tangga yang membabitkan orang di sekeliling membuatnya berasa fobia.

Sebab saya bukan terdesak dalam era yang saya nak kena kahwin sebab orang lain kahwin. Saya tak boleh ikut orang. I know what I want in a guy. Saya tak nak terburu-buru untuk mendirikan tangga.

 

Lagipun kita kan tahu apa yang berlaku di sekeliling kita. Sebenarnya sedikit sebanyak saya rasa trauma, fobia nak kahwin. Sebab sudah tentu masa kahwin semuanya bahagia, indah.

Tapi betul ke apa yang ditonjolkan kat dalam media sosial. Itu yang saya rasa takut sangat tu. Sejujurnya, saya gembira dengan diri saya sekarang, pencapaian saya, keluarga.

Saya ada keluarga untuk dijaga. Jadi, saya tidak tergesa-gesa nak kahwin tapi saya minta, harap semua doakan yang terbaik untuk saya.

@nona.my Lah kenapa Ruhainies trauma nak tamatkan zaman single? Jom dengar sendiri penjelasan dari tuan punya badan. Apa-apa pun, Nona mendoakan yang terbaik buat Ruhainies. #majalahnona #ruhainies #womenoftiktok ♬ Romantic Moment – AudioMars

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *