“Ya Allah, dahsyat betul membenci saya…” Ada juga haters saya kata, memang tunggu saat ini..
Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming tampil menjelaskan punca sebuah video yang dimuat naiknya baru-baru ini menerima jumlah tontonan lebih rendah berbanding kebiasaan sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 34, berkata ada segelintir pihak membuat pelbagai andaian termasuk mendakwa popularitinya…
