“Kekasih yang tak dianggap…” Amelia Christie menangis di pelukan rakan, dedh segalanya

Aktres jelita Amelia Christie tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata ketika dipeluk oleh salah seorang rakannya iaitu pengasas produk kecantikan, Didi Qistina.

Rakan Amelia ini juga terlihat memberi kata-kata sokongan pada aktres tersebut.

Dari kisah Amelia

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Didi berkongsi kata-kata semangat untuk sahabatnya itu memandangkan dia baru sahaja didakwa putus cinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad.

Katanya, rasa cinta itu tidak semestinya harus dimiliki oleh seseorang dan ada kalanya harus dilepaskan.

Dari kisah Amelia Christie, mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki. Kadang-kadang kita harus lepaskan untuk kebahagiaanya.

Siapa yang pernah lalui sahaja yang tahu macam mana rasanya (putus cinta).

Ramai doakan jumpa jodoh

Melihat ke ruangan komen video berkenaan, rata-rata juga meninggalkan kata-kata semangat dan doa agar pelakon ini menjumpai seseorang yang lebih baik dan tepat untuknya.

Cantik Amelia, jangan risau ramai yang tengah tunggu awak.

Amelia layak dapat lelaki bujang.

Memang lah sedih, disayangi dengan penuh kasih sayang, dan ditinggalkan tanpa sedikit kasih pun. Be strong okay.

tiktok

Terdahulu, Sharnaaz Ahmad enggan mengesahkan hubungan bersama Amelia selepas diketahui mereka berdua telah saling unfollow di Instagram. Amelia juga telah mengakui dirinya kini tidak berada dalam hubungan dengan mana-mana lelaki.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *