“Kalau tak ada peluang, tak ada penyondolan itu” Sarimah Ibrahim perjelaskan apa yang berlaku

Pengacara popular, Che Puan Sarimah Ibrahim menerusi satu sesi temu bual bersama sebuah stesen radio memberikan pandangannya berkenaan rumah tangga diganggu oleh pihak ketiga.

Kalau takde peluang, tak ada penyondolan

Video temu bual Sarimah bersama radio Kool FM telah dimuat naik di akaun TikTok stesen radio tersebut dan pendapat pengacara tersebut dipersetujui ramai.

Ujar Sarimah, masyarakat tidak seharusnya melabel hanya satu pihak sebagai penyondol (orang ketiga) sedangkan individu yang sudah berumah tangga turut memberi peluang dan ruang.

Kita label penyondol tapi is it really penyondol? Kalau tak ada peluang, tak ada penyondolan itu.

sarimah

Tambah Sarimah menjadi lumrah masyarakat termasuklah dirinya untuk cepat menghukum dan menyalahkan satu pihak serta turut membuat andaian sendiri.

Kalau dah mula ada perasaan, jauhkan diri

Pengacara berusia 46 tahun itu turut berkata individu berstatus bujang atau sudah mendirikan rumah tangga perlu tahu dan sedar tentang batas pergaulan.

At the end of the day, kalau orang belum kahwin jangan mendekati orang yang kahwin. Habis cerita. Dan yang dah kahwin tu jangan kau sibuk nak buat hal. Masing masing dah besar, kena tahulah batas.

Dalam pada itu, Sarimah juga turut memberi pesanan atau nasihat ringkas buat mereka yang sudah berkahwin agar tidak terlibat dengan perkara sebegini.

Kalau dah rasa ada attraction tu, get away. Anda mesti tahu (perasaan itu). Tak payah orang nak cerita sebab kita dah boleh rasa benda tu, get out fast. Jangan tunggu, jangan bagi ruang. Itu sahaja.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *