Gadis datang bulan ini sangat terharu teman lelaki rela batal puasa temani makan sekali

Sewaktu sedang kemaruk bercinta di usia yang mentah, tidak dinafikan segelintir anak-anak muda cenderung melakukan hal tidak wajar dan seakan-akan tidak tahu membezakan antara benar atau salah.

Di mata mereka, kegiatan yang dilakukan bersama sering dianggap sebagai sweet walaupun jelas-jelas ia tidak bertepatan dengan aspek keagamaan.

Mungkin itulah kata-kata yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi dalam rakaman tular di TikTok @ywd.id ini.

Seorang gadis dilihat sedang menjamu selera di sebuah warung ditemani oleh teman lelakinya pada bulan puasa. Jelasnya ketika itu, dia juga sedang didatangi haid dan menyebabkan dirinya tidak dibolehkan melakukan rukun Iman ketiga tersebut.

Tanpa disangka-sangka, dia merasa terharu kerana pemuda tersebut sanggup membatalkan puasa kononnya demi menemaninya makan di kedai berkenaan.

Sementara teman wanitanya memesan sepinggan mi, dia cuma minum air sahaja di sana. Gadis itu juga telah menambah emoji terharu di hujung kapsyen video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen yang dibanjiri ribuan netizen, mereka memberikan respon berbeza-beza termasuklah rasa kurang senang dengan pemikiran lelaki tersebut.

Sejak dikongsikan 2 hari lalu, klip TikTok berdurasi 12 saat ini sudah meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan daripada netizen.

Sumber : ksahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *