Pelakon Abby Abadi tampil membalas satu ciapan di Threads yang memaparkan hasrat seorang lelaki ingin mencari calon isteri kedua dengan alasan berkemampuan dari sudut kewangan.
Kahwin bukan kerana nafsu

Ciapan lelaki tersebut mengundang perhatian ramai apabila dia menyatakan gajinya melebihi RM15,000 sebulan dan bersedia menyediakan nafkah rumah, kenderaan serta perbelanjaan lain kepada bakal isteri kedua.
Susulan itu, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menempelak tindakan lelaki berkenaan yang disifatkan seolah-olah menjadikan kemampuan kewangan sebagai ukuran utama untuk berpoligami.
Kahwin ni jangan rasa gaji besar je mampu dah. RM15K untuk zaman sekarang sekejap je habis tu. Tanggungjawab yang nak dipikul tu lagi besar.
“Nak jaga segala hak Allah, bukan mudah. Fikir dulu berkali-kali jangan ikutkan hawa nafsu semata,” balas Abby.
Menurut Abby, soal mendirikan rumah tangga lebih-lebih lagi melibatkan poligami bukan hanya tentang gaji semata-mata, sebaliknya memerlukan pertimbangan besar terhadap tanggungjawab serta keadilan yang perlu ditunaikan.
Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dan ramai yang bersetuju dengan pandangan pelakon itu bahawa kemampuan kewangan sahaja tidak mencukupi untuk memikul amanah dalam rumah tangga, apatah lagi apabila melibatkan lebih daripada seorang isteri.
15K tak cukup nak tampung dua keluarga

Ingat berbini dua macam beli baju shoope

Terdahulu, Abby mencuri perhatian warganet apabila menegaskan pendedahannya mengenai isu mas kahwin tertangguh bukan bertujuan mengaibkan bekas suaminya, aktor Norman Hakim, sebaliknya sebagai peringatan agar tanggungjawab diselesaikan selagi masih bernyawa
Difahamkan, bayaran mas kahwin itu sudah tertangguh selama 22 tahun kerana belum mampu dilunaskan oleh bekas suaminya pada ketika itu.
Sumber: ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.