Selepas bapa tirinya meluahkan rasa berang terhadap pelakon Mia Sara Nasuha, Puteri Balqis kini tampil menuntut aktres tersebut memohon maaf kepada ibunya
Mohon maaf dengan mak aku’

Menerusi hantaran di Instagram Story, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish mendakwa segala persepsi negatif yang dikaitkan dengan ibunya, Norashikin Mohd Aziz adalah tidak benar sama sekali.
Mohon maaf dengan mak aku. Kau mampu jawab dgn mak aku?
Yang kaki club bukan mak aku. Yang kaki botol bukan mak aku. Yang makan dadah bukan mak aku. Itu kau. 100% kau.
Jelas pelakon drama Keluarga Itu ini lagi, ibunya bukanlah seorang yang mengamalkan gaya hidup bebas seperti berhibur di kelab malam atau mengambil minuman keras seperti yang didakwa.
Lebih mengejutkan, Balqis turut menyentuh mengenai isu pengguguran anak yang didakwa melibatkan Mia Sara.
Yang gugurkan anak bukan aku, tapi kau. Aku dah di didik dengan baik, tapi aku yg si*l. Hadam ayat ni.
Mak kau tak didik kau ajaran agama. Sounds familiar? It’s your words.
Mana artis-artis hebat yg sanjung kau waktu kau menangis dan diam waktu kami difitnah?
Terdahulu, Puteri Balqis menyeru nama pelakon Mia Sara Nasuha ekoran dakwaan terpalit dengan isu memburukkan keluarganya.
Dakwa Aqish, Mia turut memburukkan ibunya secara terbuka, selain meninggalkan tanda suka pada komen berunsur hinaan.
Malah seorang krew produksi yang pernah bekerjasama dengan kedua-dua aktres itu mendakwa pernah terdengar perbualan antara Mia Sara dan pelakon Rykarl yang menghina Puteri Balqis.
Kemudian, bapa tiri Balqis iaitu Faris meluahkan rasa berang dengan fitnah yang dilemparkan oleh Mia Sara terhadap isteri dan anaknya.
Faris menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali memaafkan Mia Sara sehingga akhir hayat.
Sumber : ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.