Usahawan Watie Hanifiah menjelaskan dia tidak berniat mempersenda mahupun menghina susulan video dia menyamakan anak tirinya, Uwais Alqarni dengan kaum orang asli.
Sekadar gurau
Ketika ditemui OhBulan! Watie bagaimanapun memohon maaf kepada segelintir pihak yang terasa hati dengan perkongsian yang dibuatnya di Instagram Story.
Berkenaan dengan posting yang saya post mengenai Uwais yang disamakan dengan orang asli itu adalah sebab ketika itu dia tidak berbaju. Kalau yang kita tahu, orang asli kan ada pakai dekat kepala, jadi saya kaitkan dengan itu.
Tapi niat saya bukan nak menghina atau memperlekehkan kaum orang asli. Kalau ada pihak yang terasa, saya mohon maaf.
Tapi sejujurnya, langsung tak ada niat perlekehkan. Itu hanya sekadar gurauan anak beranak dan berlaku secara spontan.
Watie berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Dol’s Podcast yang berlangsung di The Curve, Damansara pada Selasa.
Enggan memanjangkan isu
Dalam pada itu, pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata dia menerima setiap teguran orang ramai dengan hati yang terbuka dan tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut.
Saya tak pernah fikir apa yang saya kongsikan akan menjadi satu isu yang besar. Sebab kalau tengok video itu pun, memang saya dan Uwais sedang bergurau.
Saya banyak terima DM yang mengatakan saya seolah-olah mempersendakan (orang asli) tapi memang tak ada. Saya ambil teguran orang ramai dengan hati terbuka.
Yang DM saya dah mohon maaf tapi yang tak DM, saya ambil kesempatan ini untuk mohon maaf. Saya tidak mahulah memanjangkan isu ini… kalau boleh nak happy happy saja.
Terdahulu, isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu memuat naik video di Instagram Story memperlihatkan anak tirinya, Uwais tidak mengenakan baju dan disamakan dengan kaum orang asli.
Susulan itu, ramai yang menghantar mesej pesanan peribadi (DM) menegur tindakannnya itu.
Sumber : ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.