Wanita warga Jepun ditemui mavt di sebuah kondominium adalah istri kepada usahawan terkenal Ridzokumura – Kp selangor

Pihak polis sahkan wanita warga Jepun jatuh kondo pada minggu lalu adalah isteri kepada pempengaruh dan juga usahawan terkenal, Ridzuan Ridzokumura.

Memetik laporan dari Buletin TV3, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan memaklumkan perkara tersebut dalam satu sidang media yang berlangsung pada hari ini.

wanita warga Jepun

Wanita warga Jepun sah Akiko Okumura

Difahamkan, wanita berusia 50 tahun itu telah terjatuh dari tingkat empat kediamannya di sebuah kondominium yang terletak di SS16.

Pihak polis juga menyatakan kematian wanita berkenaan diklarifikasikan sebagai mati mengejut.

Walau bagaimanapun, suami wanita berkenaan sudahpun dipanggil oleh pihak berkuasa bagi memberikan keterangan.

“Bila kita siasat bawah mati mengejut, kita akan lihat semua perkara. Kita akan tetap lihat sebarang unsur jenayah sama ada tindakan mangsa atau sebagainya.
“Kalau ada kesan unsur jenayah baru kita klarifikasikan semula bawah kesalahan jenayah. Apabila siasat bawah mati mengejut tidak bermakna kita ketepikan unsur jenayah,” katanya.

Wanita warga Jepun ditemui tertiarap di tanah

Terdahulu, berita tentang pemergian isteri kepada Ridzuan Ridzokumura pada hari Jumaat telah mengejutkan ramai apabila wanita itu baru sahaja bersiaran langsung bersama suami pada malam sebelum kejadian.

Difahamkan, mangsa Akiko Okumura ditemui meninggal dunia dalam keadaan meniarap di tanah oleh anggota polis peronda yang bergegas ke lokasi kejadian.

wanita warga Jepun

Hasil pemeriksaan terhadap tubuh mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Pemergiannya juga sudah dimaklumkan kepadap ihak kedutaan Jepun serta keluarga mangsa di sana.

Setakat ini, pihak polis menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes tersebut.

Sumber : ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *