Viral dua pelancong Malaysia parah akibat dibakr hidup hidup di Bangkok Thai

SEORANG bekas petinju yang juga bekas pengawal keselamatan bertindak kejam dengan menyimbah bahan pelarut (thinner) sebelum membakar dua pelancong Malaysia dalam kejadian pada Khamis malam.

Menurut Ketua Polis Lumpini, Kolonel Yingyos Suwanno, suspek, Varakorn Pubthaisong, menyiram bahan kimia daripada botol plastik ke atas Ong Yik Leong, 26, dan Gan Xiao Zhen, 27, yang ketika itu duduk di tangga sebuah bangunan.

Mangsa yang terkejut terus melarikan diri namun dikejar suspek sebelum dia menyalakan api dan membakar mereka dalam kejadian di hadapan pusat beli belah Big C, Jalan Ratchadamri, Bangkok di Thailand.

Orang awam yang berada di lokasi berjaya menangkap Varakorn sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Akibat kejadian itu, Ong mengalami kecederaan parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Polis, manakala Gan dihantar ke Hospital Memorial King Chulalongkorn.

Kedua-dua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan akan dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan.

Siasatan awal mendapati Varakorn mengaku menyerang secara rawak kerana tertekan selepas diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan, menyebabkan dia hilang punca pendapatan.

Suspek kini ditahan di Balai Polis Lumpini dan bakal berdepan tuduhan menyerang kedua-dua mangsa dengan niat mencederakan mereka. -Agensi

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *