“Vdeo segala pengakuan kau, pengakuan di wasapp, gambar hidden” rakan rapat Fazura dedh sesuatu pula

Peminat Fattah Amin dan Nur Fazura hari ini dikejutkan dengan berita duka mengenai konflik rumah tangga pasangan tersebut.

Lebih menyedihkan apabila konflik didakwa berkait dengan kehadiran orang ketiga selepas bodyguard Fazura sendiri mendedahkan sesuatu berkenaan ‘penyondol’.

Rakan baik Fazura, Enny Ridwan juga memuat naik hantaran di Instagram Story memberi amaran kepada seseorang.

PUAS TAK HATI KAU SEKARANG PEREMPUAN? MEROSAKKAN RUMAH TANGGA ORANG? INGAT! VIDEO SEGALA PENGAKUAN KAU, PENGAKUAN DI WHATAPPS, GAMBAR HIDDEN APA YANG BERLAKU LUAR DAN DALAM DI HARI KEJADIAN DAN SEGALA AKTIVITI TIDAK BERMORAL SUDAH DIHANTAR KE TEMPAT YANG SEPATUTNYA. TAK PERLU CREATE KAU HANYA TEMPAT MENGADU SHJ YE. PANDAI PUTAR BELIT. WOW!! KAU HEBAT DALAM BAB BAB PLAY VICTIM.

DAN SEKUMPULAN YANG RAJIN MENGHENTAM SEBAB DENGAR SATU PIHAK SAHAJA, HATI HATI LA. TAK PERLU NAK CREATE ISU LAIN UNTUK HIDE KEBENARAN! HANYA YANG TAHU SAHAJA TAHU KEJADIAN SEBENAR! YANG BODOH SAHAJA PERCAYA ORANG BODOH PUNYA CERITA. NAMPAK SANGAT NAIF TU. KALAU NAK SPOTLIGHT SANGAT NANTI AKU SEND LAMPU SHOOTING 18K ΗΜΙ..

Enny Ridwan bertanya adakah wanita berkenaan sudah berpuas hati merosakkan rumah tangga orang?

Rakan baik yang merupakan content creator kepada Fazura ini turut berpesan supaya individu berkenaan tidak memutar belit cerita mendakwa bukti sudah diperoleh.

Namun tidak dapat dipastikan siapa gerangan individu yang dimaksudkan.

Fazura juga setakat ini masih mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sumber : ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *