Tokoh agamawan, Ustaz Engku Fadzil menerusi Facebook memohon sumbangan orang ramai untuk membiayai kos guaman peringkat rayuan ke mahkamah rayuan selepas kalah dalam kes saman fitnah melibatkan beliau dan juga bekas menantunya, Shakila Saiful.
Ustaz Engku Fadzil dalam kenyaatan tersebut memaklumkan sebanyak RM60,00 diperlukan untuk membiayai kos guaman tersebut.
“Ustaz Engku tidak mendapat biayaan khusus daripada sesiapa, oleh itu Ustaz Engku dengan ini membuka ruang kepada sesiapa yang sudi dan mampu untuk menyumbang kepada kos guaman peringkat rayuan ini yang kesemuanya berjumlah RM65,000.
“RM5,000 telah dibayar oleh Ustaz Engku sendiri menjadikan jumlah yang perlu kepada bantuan setakat hari Jumaat 25hb Oktober 2024 adalah sebanyak RM60,000 yang perlu dibayar secara berperingkat,” katanya.
Saman fitnah
Terdahulu, Ustaz Engku Ahmad Fadzil, melalui peguam beliau, telah memfailkan saman fitnah sivil terhadap bekas menantu beliau, Puan Shakila Saiful ekoran keengganannya membuat permohonan maaf berkaitan hantaran Facebook dan lain-lain kenyataan yang dibuat melalui pelbagai platform.
Bagaimanapun, mahkamah mendapati Engku Fadzil gagal membuktikan kes dan perlu membayar RM25,00 kepada Shakila.
Kes saman kedua pula melibatkan kausa penipuan/salahnyataan yang mendakwa Engku Fadzil melalui bekas suami Shakila iaitu Engku Fakhruddin telah membuat representasi salah dengan meyakinkan Shakila untuk menggugurkan kandungan dengan mengatakan Fatwa Negeri Perlis dan Pahang membenarkan tindakan (pengguguran) itu.
Shakila telah berjaya membuktikan kes di mahkamah terhadap Engku Fadzil dan Engku Fakhruddin dan mereka perlu membayar ganti rugi sebanyak RM80,000 kepada Shakila.
Kos guaman
Dalam pada itu, dalam kenyataan yang sama menerusi di Facebook Engku Ahmad Fadzil, beliau mendakwa bekas menantunya menerima biayaan kos guaman daripada Mufti Perlis.
“Ustaz Engku ada menerima maklumat pada 27hb Mac 2023 bahawa kos guaman bekas menantu Ustaz Engku dibiayai oleh Mufti Perlis. Apapun, Ustaz Engku tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat tersebut dan sekiranya benar sekalipun Ustaz Engku tidak pasti adakah yang dimaksudkan “dibiayai oleh Mufti Perlis” ,” katanya.
Bagaimanapun, seorang peguam yang dikenali sebagai Faizal Rahman menegaskan kenyataan tersebut adalah satu tohmahan jahat dan fitnah.
“Saya telah mendapat arahan tegas daripada Sahibus Samahan Prof Dato’ Arif Perkasa Dr.Mohd Asri Bin Zainul Abidin (Dr.Maza) & Cik Shakila Saiful untuk mengemukakan Notis Tuntutan bagi tujuan memulakan tindakan undang-undang terhadap Engku Fadzil,” katanya.
Menerusi ruangan komen juga, ibu kepada Shakila turut menafikan dakwaan itu dan mengatakan kos guaman dibiayai oleh mereka sendiri.
Sumber : thereporter
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.