“Tutup dulu, tak mengapa tunjuk dekat bahagian ini..” selak tudung? PU Riz terus tegur Ameera Khan dalam live

Cara pendakwah bebas selebriti, PU Riz tegur Ameera Khan yang juga adik iparnya dalam pemakaian menutup aurat dalam sebuah sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini telah meraih perhatian warganet.

Menerusi siaran langsung tersebut, dilihat Ameera bersama PU Riz serta aktres serta usahawan, Neelofa sedang mempromosikan jualan jubah.

PU Riz tegur Ameera Khan

Dalam tangkap layar video sesi live itu, Ameera sedang menunjukkan material serta corak jubah itu dia menyelak tudungnya.

PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail kemudian bertindak menegur Ameera selepas adik iparnya itu menyelak tudung untuk menerangkan tentang jubah yang digayakan.

“Ameera tutup dulu..tak mengapa tunjuk dekat bahagian ini (bawah),”tegur PU Riz secara halus.

Ameera yang mengenakan jubah berwarna merah itu kemudian menjawab, penonton mungkin akan sukar untuk melihat.

“Tapi tak nampak la abang kalau tunjuk macam tu,”jawabnya.

Dalam nada berseloroh, Neelofa memberitahu adik perempuannya itu bahawa PU Riz sebenarnya sedang menegur supaya dia tidak mendedahkan aurat.

“Abang ipar kau tak kasi kau selak tudung,”seloroh Neelofa.

Terdahulu, pempengaruh media sosial, Ameera Khan memberitahu dia masih menunggu masa sesuai untuk memakai hijab disamping menafikan dirinya tidak bersedia untuk berhijab.

Jelasnya, dia pernah memakai hijab beberapa kali sebelum ini namun perubahan itu hanya sementara

Sumber : ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *