Tular vdeo dua wanita bertudung tapi tak berseluar ketika senaman aerobik

AKSI dua wanita yang melakukan senaman aerobik dengan mengenakan pakaian kurang sopan tular di laman sosial sekali gus mencetuskan kemarahan warga maya.

Menerusi perkongsian seorang individu di sebuah laman grup Facebook, kelihatan dua wanita rancak bersenam dengan mengenakan baju kurang putih seperti pakaian seragam sekolah tanpa seluar dan seorang yang lain memakai ‘legging’ hitam jarang.

Apa yang mengejutkan, kedua-duanya mengenakan tudung.

Minta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tolong siasat program senaman aerobik di Bukit Badong.

“Bertudung dan seluar pendek. Jelas menghina Islam dan permainkan hukum Islam dengan nyata,” tulis individu berkenaan.

Aksi senaman yang disiarkan secara langsung (live) di TikTok difahamkan dirakam di Bukit Badong, Selangor, berdasarkan lokasi yang dinyatakan di video berkenaan.

Pelayar TikTok yang sempat melihat siaran berkenaan juga mengecam tindakan dua wanita tersebut yang dianggap mempersendakan ajaran Islam.

Dalam pada itu, warga maya turut tampil menggesa pihak yang berwajib mengambil tindakan terhadap individu yang berkenaan.

“Weh bini siapa ni. Mak siapa ni. Nasihatkanlah sebelum menjadi wabak.

“Bertudung tapi half naked?

“Dah macam perangai ba*i,” antara komen netizen.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *