Tak boleh membuat pembayaran di kaunter pembayaran, netizen terhibur kad bank Khairul Aming ditolak meskipun telah mencuba berkali-kali di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu, di sini, hari ini.
Menerusi sesi siaran langsung pada petang tadi, Khairul Aming dipercayai mahu membuat pembayaran berjumlah RM19,330 bagi pakaian untuk diberikan kepada mangsa-mangsa banjir terjeas di negeri itu.
Bagaimanapun, usahawan kelahiran Kelantan itu berdepan dengan kesukaran apabila semua kad bank yang digunanya telah ditolak.
“Declined. Tolonglah jangan tengok, malu Khairul Aming. Duit orang tapi kad aku tak clear lagi.
“Kalau kena reject juga, tunggu saya kena clean apa yang perlu sebab seminggu ni memang tak sempat nak buat apa. Tidur pun tak sempat.
“Ini mesti declined juga. “ujarnya.
Tidak berputus asa, dia kemudiannya menggunakan kad debit yang lain untuk membuat transaksi, namun masih gagal membuat pembayaran.
“Yang ini boleh kot? Declined juga. Menangis aku tiga kad. Sekali lagi (bawa keluar kad bank lain), sebab minggu ni kita buat pembelian semua pakai kad ini.
“Tapi saya tak clear lagi kad sebab banyak sangat duit untuk banjir yang orang bagi,”katanya lagi.
Rata-rata warganet akui terhibur dan tidak menyangka apabila personaliti media sosial itu juga berdepan dengan kesulitan untuk membuat pembayaran gara-gara kad bank ditolak oleh sistem
Pun begitu, situasi kegagalan membuat transaksi yang dialami oleh mereka dan Khairul Aming sangat berbeza.
Sumber : ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.