Semalam kecoh apabila selebriti popular, Nur Fazura yang telah menfailkan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin.
Pengawal peribadi kepada Fazura juga meluahkan rasa kekecewaan dan mengharapkan yang terbaik buat dua insan kesayangannya selain mendedahkan sesuatu mengenai orang ketiga yang digelarkan sebagai ‘penyondol’.
Terbaru! Menerusi Instagram, lelaki itu memuat naik satu hantaran terbaru dengan tulisan yang panjang lebar.
Kali ini dia ingin menjelaskan lebih terperinci mengenai pendedahannya sebelum ini yang tular agar orang ramai tidak salah faham.
Assalammualaikum. Aku nak jelaskan sikit sebab ramai yg salah faham.
Menyondol = menggatal, cubaan menggatal dalam apa cara sekalipun. (Perlakuan, perbualan, message). Faham maksud aku baik baik. Jangan spin ke lain. Ini yg aku maksudkan dalam story aku. Tapi ramai plak yg spin kata kenapa salahkan satu pihak je. Kenapa aku ni lebih sudu dari kuah la. Tuan badan pun tak cakap apa. Aku yg merosakkan rumahtangga org la.
Bodyguard tak perlu nak kepochi la. Kenapa aku up semua ni adalah sebabnya, yg buat hal ni org yg selalu ada dgn kitorang. Kalau org luar, aku pun tak nak campur. Bukan urusan aku. Ni sama sama makan satu table, sama sama kerja, sama sama ketawa, tahu tahu buat hal. Kalau aku ni lebih sudu dari kuah lama dah up story story. Aku pun dah jaga Fattah dan Fazura ni hampir 10 tahun. Fattah dgn Fazura dah anggap aku macam keluarga diorang. Mesti aku kecewa dan marah. Lagi sekali aku nak jelaskan, bukan aku nak masuk campur hal rumahtangga sesiapa. Posting aku lebih ke arah dan marah pada org yg merosakkan keadaan aka menyondol. Kalau kau nak menyondol org luar silakan. Kau sondollah sampai berdarah sekalipun. Sikit aku tak peduli. Tapi kau buat dekat org yg bagi kau rezeki. Dekat org yg baik dgn kau. Dekat org yg selalu tanya pasal anak kau kalau kita outstation. Itu yg aku marah. Ini je penjelasan aku. Harap tak ada yg spin dan tak ada yg salah faham. Salam maghrib. -END-
Apapun, semoga dipermudahkan segala urusan biat Fattah dan Fazura.
Sumber : ohmedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.