Pendakwah selebriti, Da’i Syed dihantar ke penjara hari ini selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita pada tujuh tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas meneliti hujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan dalam permohonan rayuan sabitan dan hukuman terhadap Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 31,
Hakim Adlin dalam penghakimannya memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) tidak terkhilaf dalam keputusan sebelum ini dengan pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah dalam kes tersebut.
Keterangan tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata. Tiada alasan khas bagi penangguhan hukuman.
“Ia merupakan kesalahan yang serius dan sabitan serta hukuman dikenakan sebelum ini adalah selamat. Justeru, hukuman penjara itu bermula hari ini,” tegasnya.
Sumber : kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.