PELAKONĀ Aprena Manrose akhirnya menjawab teka-teki hubungan perkahwinannya bersama suami Mohd Afiq Hazman.
Dalam satu hantaran yang dibuat, Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, memaklumkan rumah tangga yang dibina selama sembilan tahun sudah berakhir.
“Ya, saya bukan lagi isteri kepada Afiq. Kalau ada jodoh tak kemana,” katanya.
Aprena dan Afiq sudah bercerai.
Aprena menulis perkara tersebut di Instagram miliknya berserta beberapa keping gambar kenangan dia bersama bekas suami.
Dia bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci punca dan tarikh sebenar mereka sah bercerai.
Dalam luahan itu dia memberitahu usaha untuk bertahan dalam rumah tangga itu tidak berakhir dengan baik.
“Saya cuba, bertahan, usaha tapi saya gagal. Tiada lagi kita.
“Terima kasih atas rasa yang diberi. rasa yang luar biasa. Semoga berbahagia. Saya undur diri dulu,” ujarnya.
Malah dia juga memberi bayangan sukar untuk kembali menjernihkan hubungan dengan Afiq.
Aprena juga memohon sokongan ramai untuk dia meneruskan fasa hidup baharu.
“Selamat tinggal untuk sekarang atau mungkin selama-lamanya.
Aprena dan Afiq berkahwin pada 2016.
“Doakan saya mengharungi fasa yang baru ini dengan tenang,” luahnya.
Untuk rekod, Aprena dan Afiq mendirikan rumah tangga pada 2016.
Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.