“Tak sanggup tengok rakan meroyan” tindakan berani Iqbal teman Siti Jamumall buat check-up bayi buat ramai terkejt

TINDAKAN ahli perniagaan, Iqbal Zulkefli, menemani usahawan Siti Jamumall ke sebuah pusat rawatan untuk menjalani pemeriksaan kandungan mencuri perhatian warganet sehingga timbul spekulasi kononnya mereka pasangan sepadan.

Iqbal bagaimanapun berkata, dia tidak mampu menghalang orang ramai daripada membuat andaian, namun menegaskan tujuannya hanyalah untuk membantu Siti yang sedang melalui tempoh sukar.

“Saya tak boleh nak menutup mulut orang sebab apa yang diperkatakan itu bukan perkara yang tidak baik. Cuma sekarang ini Siti dalam idah, saya tak nak tindakan saya itu menjadi fitnah dan sebab itulah saya buat video supaya orang nampak setiap kali saya bawa Siti keluar, ada orang lain yang bersama kami.

Iqbal hormati Siti yang masih di dalam idah.

“Apa yang saya lakukan sekarang hanya untuk membantu Siti. Saya kenal Siti sebelum dia berkahwin dan saya tidak akan biarkan dia meroyan seorang diri sehingga menganggu emosinya,” katanya Ketika ditemui mStar baru-baru ini.

Menurut Iqbal, tindakan ‘berani mati’ yang dilakukan bukan untuk mencipta gimik atau mengejar populariti, sebaliknya ikhlas meringankan beban usahawan itu.

“Saya faham tindakan Siti meluahkan isi hatinya di media sosial hanya untuk berkongsi kejujuran dia yang tidak didengari. Terbaharu dia mendakwa dikhianati kawan sendiri.

“Bila saya perhatikan satu persatu ujian yang menimpanya, saya rasa tak boleh terus berdiam diri. Sebagai rakan, saya perlu bantu dia, bukan mahu mengejar populariti atau mencipta gimik sebaliknya saya ingin membantu meringankan masalah dihadapi,” jelasnya.

Sementara itu, Siti menegaskan dia masih berpegang pada prinsip untuk menjaga diri sepanjang tempoh idah dan enggan membuka ruang untuk hubungan lebih rapat.

“Cukuplah perkenalan saya bersama Iqbal atas urusan perniagaan. Saya tak nak lebih-lebih.

“Walaupun menerima pelbagai kata-kata positif, saya tetap dengan pendirian saya dalam idah, jangan dekati saya. Saya kena jaga apa yang perlu,” katanya.

Dalam masa sama, Siti turut meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi insan-insan yang baik hati, termasuk Iqbal yang hadir memberikan sokongan moral ketika dia berdepan ujian berat.

Siti terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan Iqbal.

“Saya bersyukur Allah hadirkan orang yang baik, bukan saja Iqbal tapi ramai individu lain yang datang memberikan sokongan. Ada di antara mereka yang bawa kaunselor serta ustaz yang boleh memberi bimbingan dan kata-kata semangat. Sampai ke tahap itu mereka menyokong saya.

“Sebelum ini saya sangka tiada siapa peduli, rasa ditindas dan tidak dihargai tapi sebenarnya ramai orang di luar sana yang menyayangi dan menghargai saya,” katanya.

Terdahulu, tindakan Iqbal yang menemani Siti ke sebuah pusat rawatan untuk membuat pemeriksaan kandungan meraih perhatian warganet sehingga mereka dikatakan pasangan yang sepadan.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *