“Tak mampu hitung berapa kali kena” pempengaruh dedh lagi vdeo kejadian diblasah brutal

Pempengaruh Indonesia yang baru-baru ini menjadi bualan hangat selepas mendedahkan dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga telah memuat naik sebuah lagi video di akaun media sosialnya.

Menerusi Instagram, Cut Intan Nabila berkongsi video salah satu kejadian hitam didera oleh suami, Armor Toreador di bilik tidur mereka pada Februari 2022.

Berdasarkan video itu, Armor dilihat membelasah Cut Intan dengan sangat ganas di atas katil tanpa menghiraukan anak mereka yang berada di tepi ketika itu.

Kata Cut Intan, dia sendiri tidak boleh ingat dengan tepat sebanyak mana dirinya menjadi mangsa pukul dengan begitu brutal oleh Armor.

Lebih dari 5 kali? Saya saja tidak mampu menghitung berapa sering dia menyeksa saya. Berat, sangat berat pastinya.

cut intan nabila

Lebih menyedihkan, Cut turut meminta maaf kepada anaknya kerana membuatkan kanak-kanak itu trauma selepas melihat kejadian sebegitu berlaku di depan mata.

Jika dilihat menerusi rakaman itu, boleh nampak anaknya seolah-olah mengerti ibunya sedang dalam kesakitan malah kanak-kanak tersebut turut meletakkan tangannya di pipi Cut Intan.

Maafkan mama ya nak. Setelah ini, kita sembuhkan trauma ini bersama.

Terdahulu, Armor yang sudah ditangkap polis meminta agar Cut Intan memaafkannya dan kembali rujuk demi tiga cahaya mata mereka.

Bukan hanya nekad mahu bercerai, Cut Intan juga akhirnya mendedahkan lagi video lama dirinya dicekik dan dipukul di muka oleh Armor.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *