SEBUAH program motivasi kewanitaan yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada tahun lalu didakwa menyelitkan unsur-unsur tidak bermoral dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Pendedahan mengenai acara yang berlangsung pada 27 hingga 30 September 2024 itu sekali lagi tular selepas seorang wanita membuat perkongsian di Facebook pada Jumaat.
Menurut pemilik Facebook Masyitah Ashari, program itu berlangsung di sebuah dewan di mana ia disertai lebih kurang 50 peserta.
Dakwanya lagi, terdapat individu yang berbikini dan berbogel dalam acara tertutup itu yang hanya dihadiri oleh kaum wanita sahaja.
Tambahnya, peserta juga dilihat semakin berani selepas mereka diberikan air ‘piya’ iaitu minuman coklat yang dikisar bersama pisang.
Lebih teruk, dia mendakwa ada peserta yang bercium sesama sendiri dalam keadaan tanpa seurat benang.
Program wanita di Shah Alam didakwa ada unsur tidak bermoral.
Pendedahan dibuat oleh Masyitah Ashari di Facebook.
Peserta dikatakan berbogel dan bercium selepas minum ‘piya’.
Terdapat ritual ‘sacred birth’ dan ‘rebirth’ yang bercanggah dengan Islam.
Netizen desak pihak berkuasa siasat dan ambil tindakan.
Ringkasan ini dijana oleh AI
“Ada sebahagian peserta yang buat dan ada yang tak mahu buat. Sebahagian peserta membuka pakaian sehingga berbogel dan melemparkan pakaian termasuk pakaian dalam sehingga berbogel bulat.
“Buang pakaian kononnya simbolik membuang semua masalah. Astaghfirullah. Kebodohan apakah yang diajarkan ini?
“Peserta juga mendakwa tak ada rasa bersalah atau rasa malu pun waktu itu, selepas minum Piya. Mereka dakwa rasa seperti sangat berani,” tulisnya.
Dalam hantaran itu, pengadu turut beberapa kali menyebut nama seorang wanita, dipercayai individu yang mengepalai program dan gerakan berkenaan.
Antara lain, dia mendakwa peserta turut melakukan ritual ‘sacred birth’ (mandi suci) dan ‘rebirth’ (kelahiran semula) dalam acaran berkenaan yang mana kedua-duanya adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Pengadu turut menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas individu yang bertanggungjawab ke atas program berkenaan.
Di ruangan komen, ramai netizen menggesa agar kegiatan berkenaan disiasat jika dakwaan dibuat adalah benar.
“Semoga Allah permudahkan mereka kena tangkap. Haramkan aktiviti tidak bermoral ini daripada keturunan kita.
“Kena cepat ditangkap dan bendung kegiatan ahli kumpulan dia. Baca pun dah geli sangat.
“Mana Jabatan Agama Islam? Mohon siasat, rakyat nak tahu perkembangan,” antara komen netizen.
Namun, ada juga netizen yang meminta individu itu mengemukakan bukti jika benar berlaku aktiviti seperti yang didakwanya.
“Setiap tuduhan mesti dikemukakan dengan bukti. Selagi tiada dakwaan undang-undang dan pembuktian, maka jangan kita terima bulat-bulat. Orang beriman itu bersifat tabayyun.
“Betul ke sampai berbogel begitu sekali dikhalayak ramai? Ada bukti ke puan? Saya tanya dengan nada serius ingin ambil tahu,” tulis beberapa netizen lagi.
Sumber : m star / obulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.