“Tak ada maaf langsung” Mak Andam bagi alasan tak masuk akal, batal mekap 10 minit sebelum majlis

Tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang wanita kelam kabut menghadiri majlis pertunangannya yang dijadualkan berlangsung jam 2.30 petang.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada mak andam atau make-up artist (MUA) yang tiba-tiba batal tugasan 10 minit sebelum majlis.

Jurumekap bagi alasan lambat, jalan sesak

mekap

Perkongsian ini dibuat pengguna TikTok @bellanawhen menceritakan pengalaman sedih yang dihadapi kakaknya pada hari kejadian.

Kakaknya dipercayai membayar khidmat MUA tersebut dengan harga RM130. Kakaknya tidak menyangka kejadian ini berlaku kerana jurumekap tersebut mempunyai jumlah pengikut yang ramai di TikTok.

Pada awalnya, MUA popular dari Pulau Pinang itu memberi alasan trafik sesak dan memberitahu akan tiba sedikit lewat.

“Dah lambat, nanti mekap tak cantik sebab kalut”

majlis tunang

Mempercayai MUA tersebut, kakaknya terus menunggu dengan penuh harapan dan menunda majlis ke pukul 3 petang.

Namun, sehingga jam 2.20 petang MUA tidak muncul dan secara tiba-tiba mahu ‘refund’ pembayaran yang telah dibuat.

Lebih menyedihkan, MUA tersebut langsung tidak meminta maaf menjadi punca majlis pertunangan kelam kabut.

Katanya dah lambat nanti mekap tak cantik sebab kalut-kalut. Jangan tertipu walau akaun TikTok sudah berbelas ribu pengikut. Hari kejadian tak refund pun, esoknya kata busy tengah mekap. Esoknya lagi cakap tunggu husband bank in. Lepastu janji sampai ke 11.30 malam untuk bank in.

Pemilik akaun TikTok ini mendakwa MUA masih gagal membayar ‘refund’ walaupun majlis sudah tiga hari berlalu.

Sumber : ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *