Perkongsian video memaparkan penyanyi Ayda Jebat menyanyi di atas kerusi roda ketika di acara Celebfest 2026 di Singapura mengundang perhatian ramai.
Menerusi video tular tersebut, Ayda dilihat mendendangkan lagu Pencuri Hati di atas pentas dalam keadaan berkerusi roda, namun tetap memberikan persembahan bertenaga seperti biasa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati selain memuji komitmen penyanyi itu yang tetap menghiburkan peminat walaupun dalam keadaan kurang sihat.
“Impressive si Ayda. Walaupun ada slip disc tapi tetap hiburkan peminat. Inilah betulnya artis.
“Demi sesuap nasi seorang wanita ini amat tabah harungi walaupun dalam kondisi sakit. Keep it up Ayda, semoga luas lagi rezeki dan cepat sihat.
“Sekuranganya dia tidak mengecewakan pihak-pihak dan peminat dia. Doakan dia cepat sembuh dah la,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, suami Ayda, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang masih dalam proses pemulihan selepas melahirkan anak ketiga secara pembedahan.
Menurut Nabil, luka jahitan Ayda dilaporkan terbuka sebulan selepas bersalin.
Kongsi Nabil, walaupun doktor pada awalnya tidak menyarankan jahitan tambahan kerana luka semakin pulih, Ayda tetap memilih untuk menjalani prosedur tersebut demi menunaikan janji bertemu peminat di Singapura.
Sumber: gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.