JENAZAH anak bongsu kepada pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Zaquan Adha selamat dikebumikan pada pukul 9.30 pagi, Rabu.
Bayi berusia enam bulan bernama Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan.
Pada petang Selasa, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha berkongsi berita anak bongsunya itu telah meninggal dunia menerusi Instastory miliknya.
Situasi di Tanah Perkuburan Islam Makan Tuan Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun Zaquan tidak berkongsi punca kematian anaknya itu.
Tidak lama kemudian, pelakon Rozita Che Wan memaklumkan Aisy meninggal dunia ketika sedang tidur kira-kira pukul 1 petang.
Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu.
Untuk rekod, Zaquan mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 21 Januari 2011.
Hasil perkahwinan itu mereka turut dikurniakan enam cahaya mata lain iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 12, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.