Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM140,000.
Suapan sebagai tanda balasan
Menerusi Berita RTM, pegawai berkenaan, Mastura Aziz yang berusia 48 tahun dan bertugas sebagai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen di KLIA Terminal 1 ketika kejadian, didakwa menerima suapan sebagai balasan melepaskan kemasukan 56 warga Bangladesh tanpa mematuhi prosedur yang sah.
Mengikut pertuduhan, rasuah tersebut diterima antara 3 hingga 15 Mei 2025 dengan jumlah berasingan iaitu RM12,500, RM47,500, RM52,500 dan RM27,500 di beberapa lokasi sekitar Sepang dan Bandar Baru Salak Tinggi
Kes dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda minimum lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tertuduh perlu melapor diri ke pejabat SPRM sebulan sekali. Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Februari depan
Sumber : ohmedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.