Menerusi satu perkongsian video di Instagram, seorang pelakon wanita mendedahkan dia sebenarnya sudah berpisah dengan suami sejak tahun lalu.
Jelasnya, perpisahan berlaku secara taklik apabila bekas suami melanggar syarat meminum ketum. Dia terpaksa memberitahu umum kerana bekas suami didakwa memutar belit cerita.
Status saya yang sebenar adalah saya sudah diceraikan pada tahun lepas lagi oleh bekas suami saya melalui cerai taklik, cerai bersyarat di mana jatuhlah talak jika dia meminum ketum.
Dia perlu bersuara kerana timbul salah faham sehingga terjadinya kejadian pukul akibat campur tangan pihak lain.
Saya dah penat simpan. Saya hormat dia selama ni sebab tu saya masih tak buka aib dia sehingga kejadian dia membenarkan saya dipukul & dikurung. Sedikit pun dia tak mengatakan hal yang sebenar mahupun membela saya.
Pelakon yang merupakan pempengaruh media sosial ini berkata mereka tidak rujuk dan dia perlu keluar bekerja untuk menanggung komitmen yang ada
Sumber : ohmedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.