MAJLIS ulang tahun kelahiran seorang kanak-kanak berusia 11 tahun mencuri perhatian dengan video sambutan hari jadinya itu meraih lebih satu juta tontonan di media sosial.
Video tersebut memaparkan suasana majlis yang mewah serta dipenuhi kejutan, termasuk hadiah mahal seperti komputer jenama Apple, jam tangan Rolex dan sebuah kereta Toyota Vellfire.
Menurut usahawan Farhana Zahra, dia sengaja merahsiakan perancangan sambutan itu bagi membuat kejutan pada hari ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Yaya.
Farhana menghabiskan RM1 juta untuk majlis anaknya yang berusia 11 tahun.
“Saya sengaja buat-buat lupa masa hari jadi dia sebab saya dah plan nak buat semua ni.
“Sebab tu dia cakap Yaya ingatkan mama lupa birthday Yaya,” demikian apa yang ditulis pada video yang dikongsi di TikTok pada Ahad malam.
Tanpa mendedahkan lokasi majlis, Farhana meluahkan rasa syukur apabila dapat memenuhi hampir semua permintaan anaknya selama ini.
Lebih mengejutkan, usahawan itu mendedahkan dia membelanjakan kira-kira RM1 juta untuk menjayakan majlis hari lahir tersebut.
“Semua keinginan Yaya (anak), saya dah penuhi hampir setiap hari. Jadi bila tiba hari jadi, saya dah tak tahu nak bagi apa.
“Maafkan mama… Ni je yang mama mampu bagi untuk anak mama. RM1 juta sahaja mama habiskan untuk sambutan hari jadi kali ni,” ujarnya.
Majlis itu turut dimeriahkan dengan tetamu yang memakai pakaian serba hitam mengikut tema, manakala dekorasi dihias indah dengan warna merah jambu.
Jelas Farhana, meskipun kos untuk mengadakan sambutan itu tinggi namun apa yang paling diharapkannya adalah kegembiraan anak tersayang.
Anak orang kaya. Mak dia kerja keras nak bagi anak dia senang.
NETIZEN
“Selamat ulang tahun Yaya yang ke 11 tahun. Besar dah anak mama.
“Semoga cita-cita untuk jadi business woman berjaya menjadi kenyataan,” tulisnya di ruang kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian berkenaan.
Sambutan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu memakai baju bertemakan warna hitam.
Ada yang memuji usaha dan kasih sayang seorang ibu dalam menggembirakan anak.
Namun tidak kurang juga yang mempersoalkan tindakan mendedahkan jumlah perbelanjaan secara terbuka.
“Anak orang kaya. Mak dia kerja keras nak bagi anak dia senang. Kalau kita di tempat dia pun macam-macam kita buat untuk anak kita.
“Hari jadi anak saya 1 Jun (Ahad) tapi tak mampu nak buat apa walaupun beli kek. Tapi syukur Allah bagi umur panjang sihat tubuh. Esok (Isnin) hari jadi saya pula.
“Puan, maaf bukan dengki tau tapi rasanya tak perlu la pun beritahu nilai berapa habiskan untuk hari jadi kali ni. Cukup la video tu buat kejutan sebagai kenangan,” ujar beberapa netizen.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.