“Selekeh dan tak reti bergaya,” Noorkhiriah sedih pekerja butik mewah acuh tak acuh saja

PENAMPILAN ringkas pelakon Noorkhiriah membuatkan dia dilayan sambil lewa oleh pekerja di sebuah butik mewah sewaktu ingin membeli-belah.

Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 46, mengimbau kembali saat suaminya iaitu Azfaizul Ahtan membuat kejutan membawa dia memilih hadiah di sebuah butik tas tangan mewah.

Disebabkan penampilannya itu, dia dipandang serong oleh pekerja butik berkenaan.

Perkongsian Khiriah yang dimuat naik di Instastory.

Perkongsian Khiriah yang dimuat naik di Instastory.

“Satu masa dulu suami saya buat kejutan bawa ke butik beg tangan mahal. Saya kan selekeh tak reti bergaya, pekerja tu atas bawah pandang saya. Saya sedih.

“Sata keluar dari butik itu dan cakap pada suami, pilihlah yang mana pun saya okay. Sama juga macam tadi (kedai lipstik), acuh tak acuh sahaja layan.

“Kadang pelik kan manusia suka memandang manusia selekeh macam hina sangat,” katanya.

Khiriah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Khamis.

Dalam perkongsian itu juga, Khiriah memberitahu dia teringin untuk memakai lipstik berjenama mahal tetapi terkejut apabila melihat tanda harga barangan tersebut.

Khiriah bagaimanapun mengambil keputusan untuk membeli lipstik berkenaan dengan menyifatkan pembelian itu sebagai hadiah untuk diri sendiri.

“Bila tengok orang pakai lipstik mahal teringin, tapi seram tengok harga. Cubalah masuk satu butik lipstik mahal ni. Belilah sebatang.

“Wei, macam mana bila keluar jadi empat batang (beli empat). Tak mengapalah, cakap dengan diri nak merasa. Bak kata orang putih reward diri sebelum bekerja,” ujarnya.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *