KHABAR yang sampai ke telinga Cik Bunga ini agak membuatkan hati ini terasa sedih pula dengan nasib yang menimpa Ira Kazar, bekas isteri pengarah dan penerbit terkemuka, Syamsul Yusof.
Cik Bunga tahu, kalau disebut ini, pastinya ramai akan terus mengecam dan menghentam.
Hendak buat macam mana, sudah memang lazimnya orang kalau sudah tidak suka, yang baik pun nampak tak baik. Wangi pun jadi busuk. Tak gitu?
Jadi, baru-baru ini, Cik Bunga sempat berbual dengan seorang kenalan dalam industri seni.
Sumber Cik Bunga ini kongsikan satu sisi lain mengenai Ira, yang mana, dakwanya, sepanjang setahun lebih berumah tangga dengan pengarah terbabit, wanita berusia 29 tahun ini sebenarnya tidak pernah benar-benar bahagia.
Sumber mendakwa, dalam tempoh perkahwinan mereka, boleh kira dengan jari berapa hari sahaja dia duduk sekali di rumah kelamin bersama Syamsul.
Selebihnya, pada kebanyakan waktu, Ira disuruh si suami, tinggal di rumah ibu bapa sendiri.
Apa yang orang tidak tahu, sepanjang tempoh duduk di rumah ibu bapa juga, sepatah pertanyaan khabar pun tak pernah dilayangkan kepada Ira, apatah lagi tanya makan dan minumnya.
Sudahlah begitu, untuk bersosial sebagai manusia biasa pun khabarnya tidak dibenarkan.
Meskipun duduk di rumah ibu bapa, kata sumber, Ira pun tentulah mahu bantu keluarganya menampung perbelanjaan.
Iyalah,sekurang-kurangnya, untuk makan minumnya dan mak ayah atau bayar bil. Disebabkan itu, maka kalau perasan, Ira ada buat hantaran berbentuk pekerjaan bila dia dapat tawaran dengan Datuk Alif Syukri baru-baru ini (sebelum bercerai).
Namun, kononnya, perkara itu juga menjadi punca perceraian mereka. Cik Bunga juga difahamkan, Ira begitu sedih apabila dirinya dipersalahkan semua pihak kononnya dialah yang melarang si suami pulang ke pangkuan keluarga sepanjang tempoh perkahwinan.
Sedangkan, sudah berulang kali dia menasihati suami ketika itu supaya pulang jumpa ibu dan ayah yang sangat merindui dirinya.
Hatinya juga tumpang gembira dan bersyukur bila mendapat tahu, Syamsul akhirnya menjenguk kedua orang tuanya baru-baru ini yang turut mengejutkan semua orang.
Namun, pada masa sama, hatinya juga remuk kerana tindakan itu dilakukan Syamsul sejurus selepas mereka bercerai, seolah-olah memberi gambaran bahawa Iralah yang menjadi punca dan penghalang utama.
Ada beberapa perkara panjang lain yang Cik Bunga dimaklumkan mengenai perihal hidup Ira dan Syamsul.
Tetapi, itu sahajalah yang dapat Cik Bunga sebutkan di sini kerana yang lainnya lebih mengejutkan.
Tidak sampai hati pula nak dedahkan. Namun, Cik Bunga tahu, suatu masa nanti, kebenaran akan muncul. Biarpun rumah tangga mereka sudah terlerai,mungkin Ira juga sudah cukup lama menyimpan rasa sabarnya.
Kalau diikutkan dakwaan itu, nasibnya sebagai isteri, lebih kurang sama sahaja dengan apa yang dilalui oleh Puteri Sarah.
Atau mungkin lebih teruk? Entahlah dengan cemuhan dan makian orang ramai tatkala dilabel sebagai penyondol suami orang.
Tetapi menjadi isteri sesiapa pun, nombor berapa pun, wanita tidak seharusnya diperlakukan dengan buruk. Tepuk dada tanya iman masing-masing.
Sumber : utusan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.