Kecoh di media sosial apabila peguam syarie telah mengesahkan yang pengarah, Syamsul Yusof telah menfailkan penceraian terhadap isterinya Ira Kazar baru-baru ini.
Menurut laporan Oh Bulan, rakan kepada Kazar yang juga merupakan pelakon, Achong Sweetchild memberitahu bapa kepada Ira Kazar itu sedih dengan kontroversi yang melanda rumah tangga anaknya itu.
Walau bagaimanapun, Kazar juga reda dengan ujian Ira dan Syamsul Yusof yang kini di ambang perpisahan kata Achong lagi.
Saya dan isteri boleh dikatakan rapat dengan Kazar, saya memanggilnya ayah dan keluarganya juga sudah kami anggap seperti keluarga sendiri. Malah, kami juga mengenali anak-anaknya daripada kecil.
Kalau ditanya keadaan terkini Kazar, bagi saya macam itulah dia. Tak dinafikan kami ini tempat dia mengadu dan bercerita, tetapi kami hormati dia untuk tidak menceritakan hal peribadinya kepada orang ramai.
Apa yang boleh saya katakan, tentu sebagai seorang ayah, dia runsing dan sedih dengan apa yang terjadi. Tetapi, dia ada katakan kepada kami bahawa dia reda dengan segalanya dan tak mahu ulas secara terbuka.
Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, Kazar juga dikatakan sudah pesan kepada Achong untuk tidak memberi respon kepada wargamaya.
Macam saya katakan, kami dah macam keluarga. Jadi jika ada orang mengutuk kekuarganya, kami juga akan terasa. Tetapi ayah pesan, jangan respons, jangan layan kata-kata orang.
Baginya, biarlah dia yang kena, keluarganya yang kena. Saya sendiri sedih tengok dia jika dia sedang bersedih. Ada ketika, dia mengadu kepada kami, saya yang mendengarnya pun bergenang air mata.
Dia pesan saya jangan bersedih dengannya. Saya pun peluk dan dan pesan jangan banyak fikir.
Sumber : ohmedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.