Pempengaruh dan juga usahawan terkenal, Khairul Aming telah menitipkan pesan kepada pengguna media sosial terutama anak-anak muda supaya berfikir dahulu dalam berkongsi sebarang video di internet susulan tular beberapa rakaman dirinya diawal kemunculan.
10 tahun kemudian baru menyesal
Menerusi platform Threads, Khairul Aming menyatakan kesan daripada perkongsian video tersebut tidak dirasai serta merta, tetapi akan kembali diungkit selepas beberapa tahun.
Perkara ini terjadi susulan resepi-resepi yang dikongsikan sepanjang Ramadan apabila ramai yang dikatakan gagal mengejar ‘silibus’ memandangkan terlalu banyak.
“Sebab tu adik-adik kalau nak buat video dekat internet ni kena fikir masak-masak.
“Time tu kita rasa cool dan kelakar. 10 tahun kemudian tak tahu nak menyorok mana,” tulisnya

What goes online, stays
Luahan tersebut dibuat pemilik nama sebenar, Khairul Amin bin Kamarulzaman, 34 selepas pelbagai video lamanya sewaktu berkongsi resepi masakan kembali dikongsikan oleh netizen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui hal tersebut dan turut pernah mengalami hal sama.
Ada juga yang berasa terhibur dengan gurauan pempengaruh itu bersama netizen di media sosial yang masing-masing dilihat gagal mengikuti ‘silibus’ resepi pada Ramadan ini kerana terlalu laju.

Macam-macam video netizen korek

Dah 10 tahun rupanya KA kongsi video masakan

Tula, menekan-nekan lagi!
Sejak awal Ramadan, video-video resepi masakan untuk berbuka dan bersahur daripada Khairul Aming serta beberapa lagi pempengaruh kerap menjadi guraun di media sosial.
Pelbagai kerenah dan ragam telah menghiburkan warganet dalam menjalani ibadah puasa disamping membuat menu-menu baru mengikut resepi daripada perkongsian para pempengaruh.
Sumber: ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.