Pelakon Sophia Albarakbah menegaskan bahawa dia tidak pernah lari daripada media walaupun namanya sering dikaitkan dengan kontroversi melibatkan aktor sensasi, Aliff Aziz.
Sophia, 31, menjelaskan bahawa kesibukan kerja di set penggambaran menyebabkan dia tiada masa untuk menghadiri pelbagai acara hiburan dan berdepan dengan media.
“Saya tidak mengelak tapi sibuk dengan kerja. Memang buat masa sekarang fokus saya hanyalah pada kerja, perkara yang tiada kaitan tidak perlu untuk saya komen,” kata Sophia.
Beliau menambah bahawa kerja-kerjanya tidak terganggu dan berjalan seperti biasa.
“Alhamdulillah kerja saya tidak terganggu dan berjalan seperti biasa. Sebab bagi saya apabila bekerja harus serius dan sebagai pelakon saya ada tanggungjawab yang harus dilunaskan di set penggambaran. Jadi, benda tidak sepatutnya (kontroversi), tidak perlu untuk diulas,” ujar Sophia.
Walaupun diasak oleh pihak media, pelakon jelita ini tetap dengan pendirian untuk tidak mengaitkan namanya lagi dengan Aliff Aziz.
“Saya minta maaf saya tidak selesa untuk menjawab (soalan berhubung kontroversi Aliff Aziz). Kalau nama itu (Aliff Aziz) saya tidak mahu jawab,” kata Sophia.
Selain itu, Sophia turut menjelaskan bahawa dia tidak ‘melayan’ media sosial kerana menganggap banyak perkara tidak berfaedah dalam platform tersebut.
“Jujurnya, saya jenis orang yang tidak selalu sangat melihat media sosial. Bagi saya banyak perkara tidak berfaedah di sana. Saya pula bukan jenis yang suka dengar gosip dan borak perkara yang tidak sepatutnya. Jika perkara atau isu yang dibangkitkan tidak berilmiah saya tidak akan baca,” tegas Sophia.
Bagi Sophia, komitmen terhadap kerja adalah yang utama dan dia berusaha untuk menjalankan tanggungjawabnya dengan serius di set penggambaran.
Meskipun begitu, Sophia tetap berterima kasih kepada peminat dan pihak media yang sentiasa menyokong kariernya dan berharap agar namanya tidak lagi dikaitkan dengan isu-isu yang tidak berfaedah.
Sumber : murai
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.