“Saya tak tahu nak rasa apa…” panas ramai gosipkan Shabina dengan Khairul Aming, Ini respons tuan badan

Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Shabina memberitahu kehadirannya di restauran milik pencipta kandungan Khairul Aming iaitu Rembayung hanyalah sekadar untuk menikmati hidangan seperti pelanggan lain.

Menurut Shabina, tiada sebarang tujuan lain di sebalik kunjungannya ke restoran berkenaan, sebaliknya ia sekadar lawatan biasa untuk makan.

“Saya pergi Rembayung sebab nak pergi makan, sama juga lain. Cuma mungkin KA kuat bergurau, dia macam, ‘eh dua kali. Dia dah dua kali pergi’.

“Jadi KA repost la perkongsian saya. Macam itulah,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Shabina menyedari terdapat komen-komen netizen yang ‘menjodohkan’ dia dengan Khairul Aming namun memilih untuk tidak mengambil hati.

“Saya tak tahu nak rasa apa. Saya tahu komen-komen netizen tapi tak apa la, saya tahu mereka hanya bergurau saja. Saya pun tak ambil serius,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia melihat Khairul Aming sebagai figura pencipta kandungan yang berjaya dan wajar dijadikan inspirasi, khususnya dalam dunia perniagaan.

“Saya melihat KA sebagai seorang pencipta kandungan dan usahawan yang berjaya. Jadi, kejayaannya memberi inspirasi kepada saya dan semua orang.

“Saya melihat kerajinan dia. Kalau saya ini dah malas… kalau saya ini dah jual produk, tak ada la saya nak buka restauran,” katanya lagi.

Sebelum ini, wargamaya mula mengusik Shabina dengan Khairul Aming selepas kehadiran pempengaruh itu di Rembayung baru-baru ini.

Malah, wargamaya mula ‘menjodohkan’ mereka selepas Khairul Aming memuat naik semula perkongsian Shabina berada di Rembayung.

Sumber: gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *