“Saya tak tahu apa-apa, hanya boleh mendoakan yang terbaik” Diana Danielle respon dkwaan Farid Kamil ambil dad4h

Pelakon Diana Danielle mengambil pendirian untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung dakwaan yang mengaitkan bekas suaminya, aktor Farid Kamil, dengan kes pengambilan dadah yang kini hangat diperkatakan.

Pilih kunci mulut

diana danielle Pilih kunci mulut farid kamil dadah

Memetik laporan mStar, pemilik nama penuh Diana Danielle Danny Beeson, 35, berkata, dia sendiri tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan dakwaan tersebut dan berharap ia sekadar berita tidak benar.

“Saya tak boleh nak komen dengan lebih lanjut kerana saya pun tidak tahu apa yang berlaku.
“Saya harap berita ini tidak benar. Sejujurnya saya memang tak tahu apa-apa. Apa yang boleh saya cakap, saya mendoakan yang terbaik,” kata Diana di Common Ground, KLCC, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebelum ini, pihak polis mengesahkan seorang pelakon lelaki terkenal telah ditahan selepas didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

Individu terbabit kemudiannya telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.

Sejak pengesahan itu dibuat, nama Farid Kamil menjadi bualan netizen yang mengaitkannya dengan kes berkenaan.

Sumber: m star/ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *