“Saya tak bekerja sehingga hari ini” Isteri Fizo Omar bengang suami ditduh culas nafkah, tampil pertahankan suami

ISTERI kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri Azrai meluahkan rasa kecewa apabila suaminya didakwa gagal menyediakan keperluan secukupnya buat keluarga.

Menurut Fazeera, 29, kebanyakan dakwaan tersebut dilontarkan oleh golongan wanita yang sewenang-wenangnya membuat andaian tanpa mengetahui situasi sebenar rumah tangganya.

“Jika kalian ingin melibatkan saya seorang, tidak mengapa. Namun jangan sampai menyebut nama suami dan anak-anak saya.

Ada yang mengatakan suami saya tidak menyediakan keperluan yang mencukupi untuk saya, kononnya saya yang bekerja keras dan melahirkan ramai anak.

“Tuduhan tersebut benar-benar jahat dan semuanya datang daripada mulut perempuan,” katanya.

Fazeera berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Threads miliknya pada pagi Ahad.

Berkongsi lanjut, Fazeera berkata dia memilih untuk tidak mendedahkan secara terperinci segala pemberian suaminya kerana bimbang dituduh riak selain tidak mahu mengundang perasaan dengki

Jelasnya, Fizo sudah menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik dan menyediakan segala keperluan dirinya serta anak-anak tanpa gagal.

“Tidak mungkin saya perlu memberitahu satu dunia tentang segala yang suami saya berikan kepada saya. Nanti jika saya ceritakan, akan dikatakan saya riak pula dan menimbulkan ‘ain’.

“Kalaulah benar saya hidup dalam kesusahan, bagaimana mungkin saya mampu melahirkan anak hampir setiap tahun, menyambung pelajaran, melancong, membayar komitmen rumah, kereta dan bil-bil, menanggung keperluan anak-anak serta menyediakan perlindungan insurans yang lengkap untuk mereka? Semua itu dibiayai oleh suami saya.

“Kalaulah benar saya hidup dalam kesusahan, bagaimana mungkin saya mampu melahirkan anak hampir setiap tahun.”

“Saya juga tidak bekerja sehingga kini, dengan penuh keyakinan bahawa suami saya sentiasa menyokong dan menjaga saya. Jika saya mempamerkan secara berlebihan segala pemberian suami saya, pasti ada pula yang mengatakan saya menunjuk-nunjuk, riak atau berasa diri paling hebat,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Fazeera dia sentiasa mengingati pesanan suaminya agar menjaga batas perkongsian di media sosial demi mengelakkan timbulnya salah faham dan pandangan negatif.

“Suami saya pernah berpesan agar kami sentiasa merendah diri di media sosial supaya tidak mengundang pandangan dengki dan mengelakkan timbulnya ‘ain.

Oleh itu, saya memilih untuk tidak memaparkan apa yang kami miliki demi menjaga hati dan pandangan orang lain. Namun begitu, tetap juga timbul tuduhan daripada mulut-mulut yang jahat dan tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Untuk rekod, Fazeera dan Fizo mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sebelum ini, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 namun disahkan bercerai pada 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia sembilan tahun.

Sumber: m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *