“Saya tahu siapa yang buat” kantoi Ruhainies didkwa cuba sondol kekasih artis kelahiran ThaiIand?

Pelakon sensasi, Ruhainies mengakui dirinya terkejut setelah namanya ‘dipetik’ cuba merampas kekasih kepada pelakon Thailand Bow Maylada iaitu aktor Alek Teeradetch.

Ruhainies yang dihubungi media berkata, dia mengenali kedua-dua pelakon kelahiran Thailand itu kerana pernah bekerjasama dalam satu pekerjaan di Kazakhstan.

Difahamkan, spekulasi itu mula tersebar setelah satu portal hiburan  menerima satu e-mel layang yang dikirim seseorang dipercayai cuba untuk memburukkan namanya.

Berita itu timbul selepas sebuah portal terima satu e-mel layang daripada ‘anonymous’ dan saya tidak rasa e-mel itu dikirim sendiri oleh pelakon wanita dan lelaki Thailand itu.

Mustahil juga mereka tahu e-mel portal tempatan kan. Mereka pula artis terkenal, tiada masa nak buat begitu.

Memang saya dan dua pelakon itu ada pergi ke Kazakhstan bersama beberapa lagi individu, namun itu atas urusan kerja. Saya kenal mereka pun di sana dan tidak lebih daripada kenalan biasa.

Kata Ruhainies, dia pernah menerima e-mel layang yang cuba menjatuhkan kariernya beberapa kali sejak beberapa tahun yang lalu.

Sebenarnya e-mel sebegitu yang cuba jatuhkan saya bukan sekali dua berlaku, tetapi sudah banyak kali. Pihak itu juga sengaja buat cerita tidak benar dan e-mel kepada brand-brand yang saya kerjasama supaya nama saya jadi buruk. Mahu takut-takutkan brand.

Saya rasa ada pihak yang dibayar buat demikian dan saya tahu siapa yang buat, sebab boleh semak IT e-mel itu. Apa-apa pun perkara ini masih dalam siasatan. Kes e-mel layang yang mahu jatuhkan nama saya ini berlaku sejak Mac lalu.

Terdahulu, seorang artis Malaysia telah didakwa cuba memikat teman lelaki kepada seorang artis Thailand ketika menyertai satu percutian baru-baru ini.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *