“Saya tahu itu memang krja istri saya.. tapi dia brlagak seperti tiada apa berlaku..” Black tampil beri penjelasan

PENYANYI Black Hanifah mendedahkan pernah berdepan situasi peminat wanita cuba melakukan tindakan di luar kawalan meskipun mengetahui dirinya sudah mempunyai isteri.

Cerita Black atau Black Hanifah Muhammad, 37, wanita tersebut dengan berani merangkul pinggangnya ketika bergambar sehingga mengundang rasa kurang senang isteri laitu Cira Khairy.

“Walaupun saya suami orang tetapi peminat tak kisah, isteri saya susah nak terima apabila ada yang ambil gambar sampai peluk saya.

“Seorang peminat perempuan pernah minta ambil gambar kemudian peluk pinggang saya. Isteri saya berdiri dibelakang kami ketika itu,” katanya.

Black berkongsi kejadian tidak boleh dilupakan itu semasa temu bual bersama Confession Bilik Gelap Syok Podcast.

Mengulas reaksi isterinya, Black memberitahu Cira secara spontan bertindak memukul tangan wanita tersebut daripada belakang.

Bagai sedar dirinya melakukan kesalahan, peminat tersebut segera menurunkan tangan dan tidak lagi menyentuh Black. “Saya dengar bunyi ‘pap’, ada orang pukul tangan peminat itu. Tetapi isteri saya berlagak seperti tiada apa berlaku.

“Peminat itu terus letakkan tangan dia. Saya tahu itu memang kerja isteri saya. “Selepas dia beredar Isteri saya tanya sama ada saya tahu atau tidak mengenai perbuatanya itu,” kongsinya.

Untuk rekod, Black mendirikan rumah tangan bersama Cira atau nama sebenarnya Naquia Yasirah Mohd Khairi pada 13 September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata laitu Khaleef Dayyan, 9, dan Rindu Dayyana yang berusia enam tahun.

Sumber : obulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *