PENERBIT Datuk Yusof Haslam tidak menyimpan harapan agar bekas menantunya iaitu pelakon Puteri Sarah Liayana kembali ke pangkuan anaknya, Syamsul Yusof.
Kata Yusof, 71, dia tidak berhak menentukan kehidupan anak-anaknya sebaliknya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka.
“Saya tak boleh kata mahu Sarah balik ke pangkuannya atau sebaliknya. Yang menentukan kehidupan mereka adalah mereka sendiri, itu bukan urusan saya.
Yusof tak paksa Sarah pulang ke pangkuan Syamsul.
“Saya tak boleh berkata lebih, ini soal kita meletakkan harapan tetapi yang menentukan adalah takdir Allah. Jadi saya reda saja,” katanya kepada mStar.
Yusof berkata demikian ketika ditemui di sidang media pertama Festival Filem Malaysia (FFM) ke-33 yang berlangsung di Hulu Kelang, Selangor pada Selasa.
Mengulas mengenai reaksi Puteri Sarah, Yusof memberitahu bekas menantunya itu turut sama terkejut mendengar perkhabaran itu.
Mekipun sudah berpisah, Puteri Sarah bagaimanapun kekal positif malah turut berpesan kepada bekas mertuanya untuk sentisa mendoakan Syamsul.
“Semalam saya ada jumpa Sarah sebab dia singgah ke rumah sekejap dan ada kami bersembang.
“Dia pun terperanjat dan tak tahu perkara itu akan terjadi tapi Sarah berpesan pada saya untuk reda dan doa yang baik-baik buat Syamsul,” ujarnya.
Pada Isnin, peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais mendedahkan pengarah berkenaan telah memfailkan cerai terhadap isterinya Ira Kazar.
Permohonan cerai itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Sarah terkejut Syamsul failkan cerai.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.
Sebelum ini, Syamsul pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 20`4 namun perkahwinan Sembilan tahun mereka itu berakhir dengan penceraian pada 14 Jun 2023.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhu Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.