Selepas sekian lama mendiamkan diri, pelakon Mia Sara akhirnya bersuara mengenai kontroversi yang melibatkan dirinya dengan aktres, Puteri Balqis.
Disekat di media sosial

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Mia mendakwa dia telah disekat oleh Puteri Balqis di semua platform media sosial.
Dakwa Mia, 21, pihaknya sudah cuba menghubungi Puteri Balqis namun tidak ada sebarang respon yang dibalas.
Untuk pengetahuan semua, saya disekat oleh Puteri Balqis di semua platform media sosial. Saya tak faham kenapa dia meletup berkaitan isu lama tersebut. Dia pun cakap nak tutup kes ini dan move on.
Dia sekat dan saya rasa dia dah tak nak ada kena mengena dengan saya. Jadi saya hormat perkara itu. Pihak saya dah hubungi, dia tidak beri apa-apa respons.
Jadi saya tak tahu dia nak maaf, berjumpa seperti dikatakan atau sengaja buat drama untuk buat nama saya buruk.
Tak pernah buli
Dakwa pemilik nama Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, dia hanya berjumpa dengan Puteri Balqis sekali saja sepanjang seumur hidup.
Selain itu, dakwanya lagi, tuduhan membuli Puteri Balqis atau ibunya, Norashikin Mohd Aziz sama sekali tidak benar.
Saya hanya berjumpa dia sehari dan sekali saja seumur hidup. Selepas itu tidak pernah berhubung sejak umur tujuh tahun hingga 21 tahun.
Saya tak pernah buli Puteri Balqis atau ibu dia. Tuduhan itu sangat berat terhadap saya.
Seperti dikatakan mereka dikambing hitamkan sewaktu tujuh tahun sedangkan lamb chop pun saya tak tahu itu kambing atau lembu. Tentang aniaya, saya pun tak tahu, sekali lagi saya hanya jumpa sehari dan sekali sahaja.
Dalam pada itu, Mia menegaskan dia tidak akan teragak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Puteri Balqis dan pihak yang melemparkan komen keterlaluan.
Saya tidak akan teragak-agak ambil tindakan undang-undang terhadap Puteri Balqis. Ada banyak lagi komen dan semua saya telah screenshot. Saya akan ambil tindakan undang-undang. Tunggu masa sahaja.
Kepada Puteri Balqis, jika mahu berkenalan, kenapa tak call atau WhatsApp. Awak ada nombor saya.
Sumber: ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.