KAKAK kepada usahawan sensasi Kak KM iaitu Kak Nona mengesahkan dia kini dalam fasa perceraian dengan suaminya Muhammad Iskandar Ali.
Nona atau nama sebenarnya Rose Azlin Rosli, 51, berkata dia memfailkan perceraian tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor pada pertengahan Januari lalu..
“Ya, sekarang ini saya dalam proses mahkamah. Saya sudah failkan perceraian sekitar pertengahan Januari lalu.
“Ada masalah peribadi yang berlaku iaitu kami tidak lagi sehaluan sehingga menyebabkan saya bertindak memfailkan perceraian ini,” katanya kepada mStar pada Isnin.
Dalam pada itu, Nona meluahkan rasa tidak puas hati apabila berita perceraian tersebut didedahkan oleh adiknya sendiri iaitu Kak KM.
Jelas Nona, dia mempunyai asbab yang tersendiri untuk tidak menghebahkan perkara tersebut selagi belum sah bergelar ibu tunggal.
“Saya tidak mahu buka mulut sebab suami saya ada keluarga dia sendiri, jadi saya kena jaga maruah mereka ini. Walaupun tidak sehaluan, tapi saya memang titik berat benda itu.
“Cukuplah kami (saya dan Kak KM) bergaduh soal perniagaan, tapi janganlah lagi cakap fasal peribadi saya. Ada
banyak lagi cara untuk buktikan rasa prihatin dengan saya.
“Tidak adil apabila saya belum sampaikan berita ini, tapi orang lain yang canang dahulu. Kenapa dia perlu gempar gempurkan?” soal Nona.
Sebelum ini, Kak KM dilaporkan bersedia untuk berdamai dengan kakaknya memandangkan Nona sedang berdepan fasa sukar dalam rumah tangga.
Kak KM memaklumkan perkara itu selepas tular rakaman siaran langsung yang mengajak Nona datang ke rumah kerana didakwa kini berada dalam fasa sepi.
Terdahulu, hubungan dua beradik itu menjadi perhatian ramai apabila netizen mendakwa wujud perselisihan faham akibat urusan perniagaan..
Keakraban yang pernah terjalin sebelum ini dilihat semakin renggang apabila mereka tidak lagi kelihatan bersama seperti dahulu.
Sumber: m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

