Sah! Lans Koperal suspek kes bnuh,Tak sangka ini yang dilakukan sehingga Farah matl..

Polis sahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini adalah seorang anggota PDRM.

SUSPEK yang ditahan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah seorang anggota polis yang berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sambil menambah suspek yang juga teman lelaki mangsa berkhidmat di Perak.

Suspek berpangkat Lans Koperal dan
bertugas di Balai Polis Slim River.

Terdahulu, mStar melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Tanjung Malim, Perak, ditemukan petang Isnin dan dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Mayat mangsa ditemukan di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor, pada pukul 6 petang.

Susulan itu, polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 26 tahun dan suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *