KEROSAKAN pada cermin kereta akibat batu kecil yang terpelanting ketika kontraktor pembersihan melakukan kerja-kerja pemotongan rumput di tepi jalan sudah biasa terjadi.
Namun ramai pemilik kenderaan tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya boleh membuat tuntutan bagi menggantikan cermin rosak tanpa perlu menanggung sebarang kos.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya anda mengalami situasi ini.
1. Berhenti di tempat selamat dan periksa kerosakan
Sebaik sahaja anda menyedari cermin kenderaan mengalami keretakan akibat terkena batu, segera berhenti di lokasi yang selamat.
Pastikan anda memeriksa tahap kerosakan bagi memastikan keselamatan pemanduan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
2. Kenal pasti individu yang melakukan kerja pemotongan rumput
Cuba perhatikan pakaian atau warna baju individu yang sedang menjalankan kerja pemotongan rumput di lokasi kejadian.
Maklumat ini penting kerana ia boleh membantu mengenal pasti jabatan atau kontraktor yang bertanggungjawab.
Cara tuntutan itu dikongsikan Mun di TikTok.
3. Hubungi pihak berkuasa tempatan
Buat aduan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan kawasan tersebut.
Pastikan anda memberikan maklumat berikut:
a. Warna pakaian pekerja – bagi mengenal pasti jabatan yang bertanggungjawab.
b. Lokasi kejadian – nyatakan jalan atau kawasan di mana insiden berlaku.
c. Masa kejadian – anggaran waktu ketika batu terkena cermin kenderaan anda.
4. Tindakan susulan oleh pihak berkuasa
Selepas menerima laporan, pihak berkuasa akan menjalankan siasatan bagi mengesahkan kejadian.
Jika didapati batu yang terpelanting benar-benar berpunca daripada kerja-kerja pemotongan rumput, pihak bertanggungjawab akan mengambil tindakan sewajarnya.
5. Rujukan ke bengkel panel ditetapkan
Sekiranya tuntutan anda disahkan, pihak jabatan berkaitan akan mengarahkan anda untuk membawa kenderaan ke bengkel panel yang telah dilantik.
Proses penggantian cermin akan dilakukan tanpa sebarang caj kepada pemilik kenderaan.
Cara membuat tuntutan ganti rugi ini dikongsikan wanita dikenali sebagai Mun yang menceritakan pengalamannya di TikTok selepas melalui situasi tersebut.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.