“Rumahtangga Heliza Helmi bergolak?” terjawab punca lama tak post, Heliza sahkan status sebenar hubungan

Tiada angin tiada ribut tular dakwaan mengatakan rumahtangga penyanyi, Datin Seri Heliza Helmi bersama suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sedang bergolak.

Betul ke dakwaan tu? Ni tuan badan sendiri beri respon mengatakan ianya tak benar sama sekali.

Oplus_0

Heliza terkejut, nafi dakwaan

Heliza helmi

Dalam laporan Harian Metro, aktivis kemanusiaan ini sendiri terkejut dengan spekulasi yang tiba-tiba muncul kerana hubungannya dengan suami dalam keadaan baik.

Heliza tertanya-tanya dari mana khabar angin ini bermula dan siapa yang menyebarkan dakwaan tersebut.

Persoalan pertama adalah dari mana datangnya dakwaan ini. Kedua individu yang menyebarkan berita ini, dia dengar dari mana dan siapa orang itu kerana sebelum saya menjawab persoalan sebegini, saya perlu tahu puncanya.

Kata Heliza, mungkin dakwaan hanya direka-reka tanpa tujuan yang jelas. Dia berharap orang ramai dapat mendoakan yang baik-baik buatnya sekeluarga.

Heliza juga mengakui jarang berkongsi gambar dengan suami di media sosial. Dia beranggapan ini mungkin menjadi punca spekulasi tercetus.

Saya buat itu bukan sebab tertentu atau sesiapa. Tetapi disebabkan diam itu lebih baik. Jadi apabila saya rujuk kepada guru (para ulamak), memang ada kebaikannya apabila berdiam. Saya yakin dan percaya anda semua suka melihat perkara yang baik.

Namun jelas Heliza, dia mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak terlalu berkongsi dan memilih untuk berdiam diri.

Sumber : ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *