Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan oleh orang ramai mengenai kes curang yang dilakukan oleh pempengaruh motivasi dikenali ramai, Andika Putera.
Mengulas lebih lanjut, bekas isteri Andika iaitu influencer, Ananda Natasha dalam nada sebak berkata penceraian mereka merupakan persetujuan bersama.
Walau bagaimanapun, sewaktu Andika sudah kantoi curang dengan staf sendiri, dia masih enggan menceraikan Natasha dan hal itu dipersoalkan oleh wanita terbabit serta mendakwa bekas suami seperti merancang sesuatu.
Bekas isteri dakwa Andika bercinta dengan isteri orang…
Dah sah-sah dia kantoi curang, kenapa perlu tunggu pada bulan 12. Saya positif sahaja dia ceraikan saya pada bulan 12. Bayangkan dia ceraikan saya pada bulan 12 tetapi masa bulan dua masih lagi bercinta dengan isteri orang.
Dalam pada masa yang sama, Natasha mendakwa itu bukanlah kali pertama Andika berlaku curang.
Tiga tahun, semasa saya duduk dengan mak mentua dah curang, masa saya mengandung, selepas bersalinkan Alisha, Alisha nak masuk umur tiga tahun pun masih lagi curang.
Walaupun sudah beberapa kali dicurangi, wanita terbabit tetap memilih untuk memaafkan bekas suami dan enggan kongsi punca penceraian pertama pada tahun 2022.
Sumber : ohmedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.