“Ruhainies lebih baik berdiam diri atau minta maaf” tak mampu bertahan Haji Zil bersuara

Penerbit terkenal, Fadzil Teh atau lebih dikenali sebagai Haji Zil berharap pelakon sensasi Ruhainies dapat melakukan sesuatu bagi menjernihkan namanya semula agar tidak terus terpalit dengan kontroversi yang melanda ketika ini.

Memetik HibGlam, Haji Zil berkata dia juga kasihan melihat kecaman teruk oleh netizen terhadap drama terbaru lakonannya, Terjerat bersama Aliff Aziz.

“Kalau boleh dia berhentilah daripada terus terpalit dengan kontroversi yang melanda ketika ini. Saya tidak menyokong tetapi dia harus lakukan sesuatu untuk ‘comeback’ dalam industri.

“Saya kasihan melihat sambutan ramai terhafap drama terbaharunya, Terjerat (lakonan bersama Aliff Aziz) kerana menerima kecaman teruk,” katanya.

Sementara itu, Haji Zil turut menasihati Ruhainies agar berdiam diri atau memohon maaf kerana bimbang ada lagi isu viral melibatkan aktres itu.

“Saya sebagai individu yang agak rapat memang rasa kasihan. Dia pun ada cakap dengan saya, sedikit kecewa apabila turut dihentam rakan baik dalam industri.

“Saya rasa dia tak payah keluarkan kenyataan dan sebarang komen sebab lebih baik berdiam diri atau minta maaf. Kalau tersalah cakap risau viral mcm isu tak boleh menangis depan kamera,” katanya.

Dalam pada itu, Haji Zil berkata dia tiada masalah untuk mengambil Ruhainies berlakon dalam drama terbitannya namun tetap bergantung kepada keputusan pihak stesen televisyen.

“Saya kasihan sebab dia baik dengan saya. Dia nak cari makan dengan industri sahaja. Dia ada tanya saya sama ada berani atau tidak nak ambil dia berlakon. Saya hanya jawab, tiada masalah kalau stesen TV boleh terima, saya okey sahaja sama ada dia atau Aliff,” katanya.

Sumner : hibglam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *