BERITA kematian Nur Farah Kartini Abdullah tidak hanya merentap hati keluarga tetapi juga masyarakat yang mengikuti perkembangan kisahnya sejak wanita ini dilaporkan hilang.
Sehingga kini, pihak polis masih melakukan siasatan bagi merungkai motif dan punca kematian bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dengan proses bedah siasat sedang dijalankan.
mStar sebelum ini melaporkan pasukan polis menjumpai telefon pintar dipercayai milik mangsa di kawasan yang sama mayatnya ditemukan iaitu di sebuah parit ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor pada Rabu.
Ketika bahan bukti itu dijumpai, ramai pengamal media berada di lokasi untuk membuat liputan, termasuklah wartawan TV3 Fareez Azman yang duduk tidak jauh dari parit tersebut.
Fareez kemudian menceritakan kejadian aneh yang dia dan rakan media lain alami sejurus telefon pintar itu ditemui, menerusi siaran langsung (live) di akaun TikTok miliknya sebelum seorang pelayar memuat naik semula rakaman ‘live’ tersebut dan tular.
Graduan UPSI ini dipercayai mati dibunuh oleh individu dikenalinya.
“Cerita dia macam ni, pada pukul 12.21 tengah hari (Rabu) dan anggota ni jerit phone phone phone! Jadi kami (media) gelabah la ambil gambar. Sambil kami ambil gambar, ada angin berlalu.
“Rasa sedap… sejuk je. Tempat tu tak ada angin tau. Lepas tu kawan saya dekat belakang cakap, bestnya ada angin macam ni sebab kami duduk dekat bawah pokok. Jadi angin tak menentu la.
“Saya pun cakap best la duduk bawah pokok macam ni sebab kami duduk menggunakan kerusi healing. Jadi kami buat ‘bodoh’ je la,” ujarnya memulakan cerita.
Menurut wartawan itu lagi, dia pada mulanya tidak terfikir apa yang dialaminya itu sebagai kejadian mistik namun mengakui berasa pelik dengan ‘sapaan’ angin itu.
Malah angin sejuk yang tiba-tiba bertiup itu tidak hanya dirasai oleh Fareez tetapi petugas-petugas lain yang berada di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, dia berasa terkejut selepas mendengar penjelasan daripada individu di situ berhubung kejadian yang dialami mereka.
“Tapi ada salah seorang dekat kawasan tu dia cakap tadi korang rasa angin tak? Betul-betul lepas jumpa telefon. Selalunya kalau macam tu sebab tanda terima kasih daripada arwah.
“Dia cakap macam tu… Itu apa yang saya dengar. Katanya pengalaman sebelum-sebelum ni pun macam tu. Bila sesuatu bahan-bahan penting untuk membantu kes diselesaikan dan sebagainya, begitulah yang berlaku.
“Saya pun termenung tadi sebab saya tak pernah berdepan dengan situasi sedemikian (rasa angin). Mungkin itu boleh jadi sebagai tanda terima kasih,” ujarnya.
Hantaran tular yang dikongsikan oleh Iffah Nur Dini itu meraih pelbagai reaksi netizen.
Jujur cakap, aura si arwah Farah Kartini lain macam betul. Entah kenapa dalam hati ni merasakan yang arwah ni baik orangnya.
NETIZEN
Rata-ratanya turut memberikan pendapat serta menceritakan pengalaman mereka.
“Saya meremang tapi pada masa sama saya sebak dan terbayang senyuman arwah ketika telefon tu dijumpai. Al-Fatihah adik Nur Farah Kartini. Semoga kematianmu terbela seadilnya.
“Perkara macam ni sebelum dikebumikan ia boleh jadi benar. Tapi lepas dikebumi ia mustahil kecuali wali-wali Allah yang diizinkan Allah sahaja. Wallahualam.
“Jujur cakap, aura si arwah Farah Kartini lain macam betul. Entah kenapa dalam hati ni merasakan yang arwah ni baik orangnya. Menjaga hubungan dengan Allah serta ibu bapa dengan baik. Betul-betul dalam hati saya rasa macam ni,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, pasukan polis berjaya menemukan sebuah telefon pintar dipercayai milik arwah di kawasan parit ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor pada tengah hari Rabu.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.