“Rm42 juta yang masuk ke akaun peribadinya tiada kaitan dengan derma dari Arab Saudi”

Datuk

Seri Najib Tun Razak hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa wang berjumlah RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan derma dari Arab Saudi.

Najib mengaku di mahkamah

Memetik laporan daripada Bernama, pengakuan itu dibuat ketika beliau disoal balas oleh peguam kepada SRC International Sdn Bhd, Kwan Will Sen, dalam saman sivil RM42 juta yang difailkan SRC bersama anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd.

“Pada ketika itu, saya menyangka ia adalah derma dari Arab Saudi,” kata Najib.
Dalam sesi soal balas, Kwan bertanya, “Pada fikiran anda – jika saya boleh menggunakan perkataan itu – pada ketika ini, adakah RM42 juta itu tidak ada kena-mengena dengan derma Arab Saudi?”

Najib menjawab, “Berdasarkan pengetahuan yang diperoleh kemudian, ya.”

Mengaku di mahkamah tentang derma

Terdahulu,

Kwan meminta Najib mengakui bahawa pembelaan beliau berhubung derma Arab Saudi telah ditolak sepenuhnya oleh mahkamah dalam prosiding jenayah SRC International.


“Pembelaan anda (derma Arab Saudi) telah ditolak di semua peringkat mahkamah (dalam kes jenayah SRC International). Betul?”

Najib menjawab, “Ya, tetapi saya perlu menjelaskan kerana saya tidak berpeluang memberikan penjelasan penuh di Mahkamah Persekutuan. Sebab itulah dalam prosiding semakan, salah seorang hakim – seorang hakim kanan – bersetuju dengan pendirian kami. Dalam semakan itu, beliau memutuskan bahawa saya tidak mendapat perbicaraan yang adil.”
Kwan kemudian menegaskan dapatan majoriti mahkamah mengekalkan kesimpulan bahawa dana tersebut bukan derma Arab Saudi, sebelum Najib menjawab, “Ya, malangnya begitu.”

Najib turut mengakui bahawa Mahkamah Tinggi dalam keputusan terbaharu perbicaraan melibatkan 1MDB memutuskan tiada bukti dokumentari yang menyokong pembelaan beliau berkaitan derma Arab Saudi.

Sumber : bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *