“Ramai salah faham, saya sekadar teringat bukan rindu” Kak KM sedia berdamai tak tahu Kak Nona berdepan dengan masalah ini..

USAHAWAN sensasi, Liana Rosli tidak menolak kemungkinan untuk berdamai dengan kakaknya yang dikenali sebagai Nona selepas mengetahui wanita itu sedang melalui fasa sukar dalam rumah tangga.

Liana atau lebih mesra disapa Kak KM, 45, berkata dia memahami keadaan Nona yang kini berdepan masalah perkahwinan dan mengakui kakaknya itu tidak berada dalam keadaan stabil ketika ini.

“Saya tahu dia tengah ada masalah dengan suami. Dia tak okay sekarang. Waktu dengan perkahwinan pertama masa nak bercerai dia cari saya.

Jadi saya rasa dengan suami kedua ini bila dia ada masalah, dia tiada siapa-siapa.

“Saya okay saja kalau dia nak datang. Saya sedia berdamai tak ada masalah sebab dia kakak, kami satu mak satu bapa,” katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Kak KM, kenyataannya yang dibuat secara spontan ketika siaran langsung sebelum ini berpunca daripada kenangan lama bersama Nona.

Kata Kak KM, ramai netizen salah fahan terhadap kenyataannya itu dan menegaskan perasaan ‘teringat tidak sama dengan ‘rindu’.

“Sebenarnya waktu live itu saya teringatkan dia (Nona) sebab kami pernah buat video menggunakan lagu sama seperti Kak Uji (kakak kak KM) pasang di dapur.

“Saya tahu dia tengah ada masalah dengan suami. Dia tak okay sekarang.”

“Saya cakap teringat Nona, hari itu buat dengan dia sekarang dengan korang (Uji) pula. Saya terus spontan cakap kalau nak datang marilah saya terima saja.

“Sebenarnya ramai dah salah sangka. Teringat dengan rindu dua perkara berbeza. Ramai yang salah faham. Saya hanya teringat bukan rindu,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman siaran langsung Kak KM yang mengajak Nona datang ke rumahnya, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Kak KM turut mendakwa kakaknya itu kini berasa kesepian susulan masalah rumah tangga yang sedang dihadapi.

Terdahulu, hubungan dua beradik itu menjadi perhatian ramai apabila netizen mendakwa wujud perselisihan faham akibat urusan perniagaan.

Keakraban yang pernah terjalin sebelum ini dilihat semakin renggang apabila mereka tidak lagi kelihatan bersama seperti dahulu.

Sumber: m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *