MINYAK pelbagai guna dianggap penting dalam kehidupan seharian kerana membantu melegakan kesakitan serta sesuai digunakan sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.
Seorang peniaga minyak 1,001 guna menjadi tumpuan apabila produk yang dijual itu mendapat sambutan di media sosial sejak kebelakangan ini.
Namun ramai juga yang merugut apabila minyak tersebut kerap kehabisan stok gara-gara pelanggan ghairah mendapatkannya.
Susulan fenomena ini, timbul perkongsian menyatakan bahawa minyak viral ini boleh dilakukan sendiri di rumah untuk digunakan oleh seisi keluarga.
Menerusi perkongsian Zuriaty Musa di TikTok, dia berkongsi resipi minyak urut homemade khusus untuk golongan anak kecil mahupun dewasa ketika waktu-waktu kecemasan.
Bahan-bahan:
1. Bawang putih
2. Lada hitam
3. Minyak
Tapis minyak menggunakan kain sebelum disimpan dalam botol.
Cara-cara:
1. Bawang putih dan lada hitam ditumbuk sehingga lumat.
2. Masukkan minyak bidara atau minyak bunga matahari yang boleh didapati di pasaran dengan mudah.
3. Peram ketiga-tiga bahan tersebut selama satu malam sebelum diteruskan dengan proses seterusnya.
4. Tapis minyak menggunakan kain bersih untuk mengasingkan minyak yang diperam dengan bahan digunakan.
5. Simpan minyak di dalam botol supaya lebih mudah digunakan pada bila-bila masa.
Menurut Zuriaty, minyak yang dihasilkan ini boleh digunakan untuk mengurut seluruh badan termasuklah di belakang leher.
Selain itu, minyak urut ini juga boleh disapukan pada bahagian tapak kaki sebelum tidur sebagai ikhtiar untuk masalah sakit tumit.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.